Menurut
Yahya Otman (2004), membaca adalah asas pembentukan diri kearah mendapatkan
ilmu pengetahuan. Melalui aktiviti membaca, seseorang itu dapat
menjadikan dirinya sebagai sebagai sumber rujukan sama ada kepada dirinya
sendiri ataupun kepada orang lain. Membaca juga adalah kunci khazanah kearah
menentukan hidup seseorang, sama ada maju ataupun mundurnya kehidupan dan
pemikirannya. Melalui aktiviti membaca, rakyat di sesebuah negara
menjadi lebih matang dan progresif selaras dengan kemajuan negara. Kurangnya
minta membaca menyebabkan rakyat dalam sesebuah negara itu lemah dalam pelbagai
aspek, sama ada dalam aspek pelajaran ataupun kerjaya.Walaupun zaman berubah,
namun pembaca perlu menambahkan kemahiran membaca dengan mendalami aspek teori
serta mengaplikasikannya supaya penguasaan dapat ditingkatkan seoptimumnya.
Terdapat banyak ilmu yang melindungi kita, namun kerana kurang mahir dalam
keterampilan membaca, peluang membaca menguasai ilmu itu terbatas. Membaca
bukanlah setakat boleh membaca sahaja, iaitu mengenal kata dan makna serta
memahami kandungan teks yang dibaca namun kemahiran ini jauh lebih luas
daripada itu (Yahya Otman et.al , 2009). Menurut Abdullah Hassan dan Ainom Mohd
(2002), Keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran maka sebagaimana halya
dengan kemahiran-kemahiran lain, kemahiran membaca dengan cepat dan berkesan
dapat diajarkan dan dapat dipelajari.
playlist
Thursday, 1 May 2014
DEFINISI MEMBACA

Berdasarkan
definisi-definisi yang dibincangkan, dapat disimpulkan bahawa membaca adalah
proses kompleks yang terdiri daripada gabungan beberapa proses yang kompleks
iaitu proses sensori (kederiaan), proses pengamatan, proses bahasa (linguistik)
dan proses kognitif. Setiap proses memainkan peranan penting dalam proses
membaca secara keseluruhan. Ini bermakna, membaca merupakan proses
menginterprtasi sesuatu maklumat. Konsep bacaan juga luas dan bukan hanya
sekadar mengenal rangkaian perkataan sahaja. Membaca melibatkan konsep iaitu
pemahaman maksud dan perlu ada konteks. Selain itu, simbol juga penting dalam
bacaan.
TEORI MEMBACA
Membaca adalah satu proses kognitif, iaitu satu proses yang
menggunakan minda bagi mendapat makna dari bahasa yang bercetak. Pembaca ialah
seorang penyelesai masalah aktif yang cuba mengenal pasti bentuk huruf,
ilustrasi, format dan bentuk teks yang dibaca. Disamping itu mereka cuba
mengaitkan antara huruf dan bunyi dan mencari serta mengkaji struktur teks
berdasarkan pengalaman bahasa mereka. Terdapat tiga pandangan tentang bagaimana
makna-makna ini diperoleh dan seterusnya melahirkan beberapa model teori
membaca. Antaranya ialah :
TEORI BOTTOM-UP
- Proses membaca dikaitkan dengan proses memperolehi maklumat dan manfaat dari bahan yang dibaca.
- Proses ini berlaku dengan 2 cara iaitu pertama, mengenalpasti huruf-huruf yang terdapat di permukaan bertulis.
- Huruf-huruf ini kemudian digabungkan dalam satu sistem ejaan yang digunakan dalam sesuatu bahasa.
- Contohnya : dalam bahasa Melayu huruf roman disusun atur dalam satu ejaan yang berstruktur sehingga dapat mewakili bunyi-bunyi perkataan dalam bahasa ini.
- Dari kumpulan perkataan akan memperoleh makna daripada ayat yang terbentuk dari kumpulan perkataan tersebut.
- Dari ayat, terbina perenggan yang memberi maksud secara berwacana.
- Proses ini akan menjadi lengkap apabila pembaca memperoleh maklumat daripada bahan bacaannya.
MODEL TEORI TOP-DOWN- Bagi melaksanakan proses ini pembaca tidak perlu mengenalpasti setiap patah perkataan yang terdapat bahan bercetak secara terperinci.
- Pembaca hanya perlu memahami bahan bacaannya secara keseluruhan terlebih dahulu.
- Setelah faham maksud petikan secara keseluruhan barulah pembaca membuat perincian maksud perenggan yang berbeza dan kemudian mencerakinkan ayat-ayat yang terdapat pada setiap perenggan sekiranya perlu.
- Mendapatkan maklumat secara menyeluruh adalah diutamakan dalam proses ini. Kaitan model top down ini dalam dengan proses pengajaran dan pembelajaran ialah berdasarkan teori pembelajaran linguistik.
- Teori ini menegaskan bahawa makna tidak terdapat pada teks, tetapi terdapat dalam diri pembaca.
- Maksud petikan secara keseluruhan adalah lebih utama daripada individu perkataan yang dipaparkan dalam bahan bacaan.
TEORI MODEL TRANSAKSIONAL- Model ini adalah proses yang berhubung antara transaksi di antara pembaca dengan bahan bacaan.
- Pembacaan seperti ini digunakan oleh seseorang pembaca untuk memahami, meneliti dan mengaplikasikannya dari bahan bacaan kepada pelaksanaannya.
- Proses pelaksanaan seperti ini banyak digunakan oleh pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
TEKNIK MEMBACA KWLH- Teknik KWLH ialah satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkara-perkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari.
- Teknik ini bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber. Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis.
TEORI MEMINDAHKAN MAKLUMAT- Teori ini diasaskan oleh La Berge dan Samuel (1985) dan Gough (1985)
- Teori ini dipengaruhi oleh psikologi kognitif dan menyatakan aktiviti membaca adalah proses memindahkan maklumat.
- Mereka mengandaikan membaca sebagai proses mengenali huruf demi huruf dan perkataan demi perkataan.
- Mereka juga percaya pembaca berinteraksi dengan teks dengan tujuan mendapatkan makna daripada muka surat yang dibaca kepada pemikirannya.
- Bagi melakukannya, pembaca memerlukan kemahiran khusus yang membolehkan mereka melakukan proses pemindahan tersebut.
- Teori ini berpendapat, aktiviti membaca bertujuan untuk membentuk peningkatan kebolehan pembaca memindahkan maklumat daripada teks.
- Pembaca yang baik, efisien ketika memindahkan maklumat, manakala pembaca yang lemah tidak dapat melakukannya.
TEORI LINGUISTIK- Teori ini adalah teori bahasa yang mengatakan bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan kebolehan berbahasa yang diperoleh sejak lahir untuk mendapatkan pengetahuan daripada persekitarannya.
- Teori ini mendefinisikan membaca sebagai proses psikolinguistik yang memperlihatkan makna diperoleh melalui hubungan media linguistik.
- Mengikut teori ini, membaca bukan sahaja satu proses mengatur huruf hingga menjadi perkataan dan rangkai kata kepada ayat, tetapi membaca sebenarnya adalah proses mendapatkan makna pada tahap dalaman.
BELAJAR MEMBACA
- Membaca ialah proses pembentukan dan pemberian makna melalui interaksi pembaca dengan bahan bacaannya.
- Proses membaca ini sangat berkait rapat dengan proses penglihatan.
- Simbol, lambang, atau tulisan yang dilihat pada satu permukaan akan ditukarkan menjadi persembahan minda yang bermakna.
- Ketika membaca, mata akan bergerak mengikut garis dalam bahan yang bertulis.
- Mata akan tertumpu pada sesuatu bahagian dalam perkataan dan ayat mengikut kelancaran pembaca.
- Bahan bertulis yg dilihat itu akan menjadi isyarat dan isyarat seterusnya ditukar menjadi maklumat.
- Maklumat itu akan dihantar ke otak untuk proses pembentukan makna ataupun kefahaman.
BELAJAR MEMBACA
KANAK-KANAK DENGAN KAEDAH FONIK
- Teknik fonik semakin popular di Malaysia terutamanya dalam mengajar kanak-kanak mengenal huruf dan membaca.
- Menggunakan fonik bukan sahaja memudahkan anak membaca dalam bahasa Melayu, tetapi juga dalam Bahasa Inggeris dan menulis tanpa mengeja.
CARA MUDAH MENGENAL
KAEDAH FONIK
- Menyembunyikan huruf TANPA MENYEBUT HURUF. Contohnya huruf ‘a’ disebut aaa seperti ayam, api, awan. Huruf ‘b’ disebut dengan ‘beh’ , huruf ‘c’ disebut ‘ceh’ dan seterusnya.
- Anak-anak lebih mudah mengingat huruf melalui lagu dan kad imbas. Kemudian anak-anak diajar kaedah gabungan bunyi, seperti ‘beh’ dan ‘aaa’ menjadi ‘ba’. ‘Ceh’ dan ‘aaa’ menjadi ‘ca’. ‘Deh’ dan ‘aaa’ menjadi ‘da’ dan seterusnya.
ANTARA LANGKAH UNTUK
BELAJAR MEMBACA :
i.
Mengenal pasti permukaan bercetak dan
memecahkan kod perkataan.
ii.
Mengenal pasti bentuk ortografik
iii.
Memperoleh maksud perkataan berdasarkan
pemikiran pembaca.
STRATEGI DALAM BELAJAR
MEMBACA
i.
Membaca haruslah mempunyai motivasi dan
tujuan
ii.
Bijak mencari bahan bacaan yang mudah
difahami
iii.
Membuat semakan ringkas secara
menyeluruh bahan yang dibaca.
MASALAH DALAM MEMBACA
Terdapat banyak
faktor yang menyebabkan berlakunya masalah dalam membaca. Masalah dalam bacaan dibahagikan
kepada dua faktor iaitu faktor dalaman
dan faktor luaran.
Faktor dalaman
dalam masalah bacaan berpunca daripada
FAKTOR FIZIKAL
- Faktor fizikal iaitu kecacatan ringan terhadap deria yang tidak mendatangkan kesan negatif terhadap kebolehan membaca, tetapi kecacatan yang berat boleh menyebabkan tidak berkeupayaan membaca.
PENGLIHATAN
- Penglihatan merupakan salah satu Kecacatan dalam penglihatan yang akan menggangu dalam proses membaca. Antara kecacatan yang melibatkan penglihatan ialah
- Juling
- Rabun dekat
- Rabun jauh
- Astigmatism
PERSEPSI
PENGLIHATAN
- Persepsi penglihatan berlaku apabila pelajar mempunyai persepsi penglihatan yang bercelaru yang akan menyebabkan kesukaran untuk membaca. Simptom-simptom berkaitan persepsi penglihatan ialah
- Perkataan kelihatan seolah-olah satu percampuran huruf yang tidak bermakna seperti musik menjadi msuki
- Huruf atau perkataan menjadi terbalik- seperti contoh b menjadi d, atau perkataan bas menjadi das
- Jika jenis percetakan atau saiz huruf bertukar, pelajar tidak dapat mengenalpasti huruf yang sebenar
- Satu perkataan kelihatan seperti imej cermin
- Pelajar yang tidak dapat membezakan suku kata
PENDENGARAN (AUDITORI)
- Pelajar yang mempunyai masalah pendengaran yag ringan boleh dibantu dengan teknik yang dapat meningkatkan perbendaharaan kata.
- Mereka yang mempunyai masalah pendengaran juga akan menghadapi masalah untuk membezakan bunyi vocal dan konsonan. Contohnya kanak-kanak ini tidak dapat membezakan antara vocal a ,u dengan o,i dengan e.
- Kerencatan pendengaran juga terdapat dalam dua kategori iaitu kerencatan sementara dan kerencatan kekal
PETUTURAN
- Punca berlakunya masalah pertuturan ialah disebabkan kelewatan pertumbuhan, kurang pendengaran, pertumbuhan kerongkong yang tidak lengkap, sumbing dan kecederaan otak atau sebahagian daripada otak.
FAKTOR NEUROLOGIKAL
- Neurologikal ialah kajian yang berkaitan sistem saraf iaitu saraf manusia termasuklah sisitem dalam otak, tulang belakang, urat, ganglia (tisu urat yang pelbagai) dan bahagaian organ reseptor.
- Sebahagian daripada bahagian neurologi ini boleh memberikan kesan terhadap kebolehbacaan membaca.
KEROSAKAN OTAK
- Kerosakan otak boleh diakibatkan oleh kecederaan penyakit atau kesan bahan toksik yang mencemarkan otak atau bahagian otak . kecederaan otak juga boleh terjadi sejak dilahirkan. Kesemua faktor ini akan mnyebabkan lesion atau perubahan yang luar biasa terhadap bentuk .
NEUROLOGI TIDAK BERFUNGSI
- Neurologi tidak berfungsi disebabkan bahagian otak yang tidak berkembang sepenuhnya atau bahagain otak yang tertutup sebahagiannya sejak dilahirkan.
FAKTOR KETURUNAN
- Faktor keturunan juga turut mempengaruhi dalam kemampuan untuk belajar.
- Sebagai contoh kanak-kanak kembar, kembar seiras dan kembar seibu lebih rapat hubungannya dalam pencapaian daripada kembar seibu.
- Begitu juga kajian mengaitkan pencapaian pelajar membaca dengan latar belakang keluarganya membuktikan anak yang berasal daripasa keluarga yang tidak tahu membaca lebih lemah dalam pencapaian membaca berbanding anak yang berasal daripada keluarga yang tahu membaca.
FAKTOR EMOSI
- Emosi bukanlah yang mempengaruhi kejayaan membaca tetapi kegagalan dalam membaca akan menggangu emosi sesorang pelajar.
- Pelajar yang gagal membaca akan mempunyai rasa rendah diri , terasing, tidak bermotivasi, kecewa, malas, gagal dan sebagainya.
Faktor luaran
dalam masalah bacaan berpunca daripada:
FAKTOR SOSIOEKONOMI
- Kanak-kanak daripada sosio-ekonomi rendah selalunya mempunyai pencapaian yang rendah dan kanak daripada sosio-ekonomi yang tinggi selalu mendapat pencapaian yang tinggi.
FAKTOR INSTRUKSIONAL
- Kaedah, teknik dan strategi pengajaran guru amat penting bagi menentukan kejayaan pelajar mencapai objektif pembelajaran.
- Dalam proses pengajaran dan pembelajaran membaca, kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru perlulah sesuai dengan tahap perkembangan dan keupayaan pelajar.
FAKTOR MOTIVASI
- Motivasi dari pihak luar juga amat mempengaruhi keupayaan membaca. Kanak-kanak yang kerap digalakkan membaca dan diberi peluang untuk membaca akan lebih pantas menguasai kemahiran membaca daripada kanak-kanak yang tiada galakan dan tidak diberikan persekitaran membaca yang kaya.
FAKTOR GENETIK
- Penanda genetik untuk pembaca yang lemah telah dikenalpasti pada kromosom 6 dan 15. Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran boleh berpunca daripada keturunan dan kerap berlaku dalam sesuatu keluarga.
PEMILIHAN BAHAN BACAAN
Pemilihan bahan bacaan
yang sesuai sangta penting dalam proses pembelajaran yang berkesan. Oleh itu,
bahan bacaan yang baik dapat dilihat dari pelbagai aspek. Antaranya ialah
faktor tulisan yang jelas, ilustrasi warnba yang sesuai, faktor perbendaharaan
kata dan faktor ayat.
1. Faktor tulisan yang jelas
2. Faktor ilustrasi dan warna1. Faktor tulisan yang jelas
- Faktor tulisan yang jelas dalam penulisan ini merujuk kepada aspek reka bentuk sesuatu tulisan.
- Reka bentuk tulisan ini mengambil kira pelbagai aspek seperti jenis saiz tulisan, jenis fon, jarak antara huruf, jarak antara baris, saiz muka surat, ketebalan cetakan tulisan, ketebalan kertas dan pelbagai lagi.
- Jenis dan saiz fon yang berbeza diperlukan untuk kategori pembaca yang berbeza.
- Contoh di bawah dapat menerangkan hal ini dengan jelas. Contoh di bawah menunjukkan pengaruh saiz tulisan dan jenis tulisan.
- Ilustrasi turut membantu meningkatkan atau menurunkan tahap kebolehbacaan bahan bergantung kepada cara persembahan dan penggunaannya dalam bahan bacaan.
- Kajian membuktikan kanak-kanak amat menggemari bahan bacaan yang banyak mengandungi ilustrasi.
- Ilustrasi juga boleh membantu meningkatkan kefahaman pembaca terhadap sesuatu konsep seperti ilustrasi yang terdapat dalam buku sains.
- Penggunaan warna turut mempengaruhi kebolehbacaan sesuatu bahan. Ini adalah kerana ia meningkatkan minat pembaca terhadap bahan bacaan.
- Penggunaan dakwat warna selaian warna hitam dan penggunaan kertas lain daripada warna putih boleh mengurangkan kejelasan bahan bacaan. Kajian telah menunjukkan penggunaan dakwat warna hitam, biru, dan hijau adalah lebih jelas dan mudah dibaca.
- Manakala kanak-kanak pula lebih suka meminati buku yang bergambar terang dan realistik serta suram dan abstrak.
3. Faktor Perbendaharaan Kata
- Perbendaharaan kata adalah faktor yang paling penting dalam menentukan tahap kesukaran bahan bacaan.
- Kajian oleh Harrison (1980) telah membuktikan perbendahraan kata adalah faktor paling menyakinkan untuk meramal kesukaran teks.
- Ada banyak cara mengukur kesukaran teks dengan menggunakan perbendaharaan kata, namun demikina dua cara yang paling biasa digunakan adalah dengan mengukur panjang perkataan dan kekerapan perkataan.Panjang perkataan dikira dengan cara mengira suku kata atau jumlah huruf dalam perkataan tersebut. Manakala kekerapan perkataan dikira dengan cara melihat berapa kerap sesuatu perkataan digunakan. Perkataan yang panjang selalunya ialah perkataan yang jarang digunakan manakala yang kerap digunakan merupakan perkataan yang mudah kerana lebih pantas dikenal dan difahami.
4. Faktor Kesukaran Konseptual
- Faktor-faktor kesukaran konseptual berkait rapat dengan faktor perbendaharaan kata secara am.
- Namun demikian, kedua-dua faktor ini sepatutnya dianggap perkara yang berlainan.
- Dalam pengukuran kebolehbacaan faktor kesukaran konsep adalah faktor yang lebih penting berbanding dengan faktor-faktor lain.
- Namun demikian, ia jarang diambil kira kerana ia adalah amat sukar untuk menganggarkan kebolehpercayaannya. Kesukaran ini timbul kerana tiada kriteria yang boleh dirundinggunakan untuk mengukur kesukaran konseptual itu sendiri.
|
|||
CIRI-CIRI BUKU BACAAN BAHASA MELAYU YANG SESUAI UNTUK KANAK-KANAK DI MALAYSIA.
- Pemilihan bahan bacaan bagi kanak-kanak adalah mengikut peringkat umur mereka
- Menurut Molina S. Nijhar (1979) menegaskan bahawa buku-buku yang bermutu ditulis dengan persembahan yang menarik, fakta-fakta yang tepat dan sesuai, bahasa yang mudah dan dalam lingkungan pemahaman peringkat umur kanak-kanak yang ditujukan.
Peringkat
usia dua ke empat tahun.
- Menurut Wardle (2003), peringkat praoperasi oleh Piaget bermaksud kanak-kanak belum lagi faham tentang konsep konservasi, akan tetapi kanak-kanak telah berfikir secara simbolik.
- Mereka boleh menyatakan tentang objek, idea, perasaan dan pengalaman dengan perkataan, bilangan dengan nombor.
- Ini termasuklah buku mengenai nombor dan pengiraan, buku ABC, persamaan dan perbezaan, dan kamus bergambar.
- Selain daripada itu, buku-buku yang melibatkan penyebutan nama sesuatu objek dan aksi sesuatu gambar akan dapat menggalakkan perkembangan bahasa mereka.
- Kanak-kanak suka mendengar bunyi perkataan, dan sukakan yang berulang-ulang.
- Buku untuk kanak-kanak usia ini perlulah menjurus kepada perkataan-perkataan yang digunakan dalam kehidupan seharian dan juga mengenai diri dan dunia kanak-kanak.
- Kanak-kanak pada peringkat praoperasi ini telah mula memahami gambar sebagai cerita.
- Gambar untuk peringkat usia ini perlulah terang dan jelas supaya dapat menarik minat kanak-kanak terhadap buku tersebut
Peringkat usia lima ke tujuh tahun.
- Kanak-kanak pada usia ini menggunakan intuition atau perasaan mereka dalam membantu memahami dunia persekitaran mereka.
- Walaupun kanak-kanak ini masih menyukai fantasi, realiti sebenar mula memberi makna kepada mereka dan mula ingin tahu tentang orang lain dan hubungan antara satu sama lain.
- Menurut Salleh Daud dan Izzah Abd Aziz (1979), kanak-kanak suka membaca dan mendengar tentang kanak-kanak lain mengenai masalah mereka. Di antara buku yang sebegini ialah ‘Lili Lupa’, ‘Maafkan Lili’ dan lain-lain buku.
- Menurut Brown dan Tomlinson (1999), buku bergambar masih lagi diminati oleh-kanak-kanak berusia empat hingga tjuh tahun.
- Mereka memilh buku bergambar sebagai buku kegemarannya, menghafal teks setelah berulang – ulang kali berhibur dengan buku tersebut.
- Dalam buku bergambar, panjang cerota sepatutnya tidak melebihi 2000 perkataan bagi memelihara daya penumpuan kanak-kanak terhadap cerita tersebut.
- Menurut Cullinan (1993), kanak-kanak usia ini menggemari cerita yang mempuntai kuasa ajaib.
- Misalnya watak-watak seperti Cinderella, Bawang Putih Bawang Merah dan lain lain watak dipercayai benar-benar wujud pada zaman dahulu.
- Pada usia ini juga, perasaan ingin tahu kanak-kanak amat kuat. Mereka ingin tahu bagaimana sesuatu terjadi lalu menggunakan buku untuk mencari jawapan. Oleh itu, buku yang memberi maklumat seperti buku ‘Cantiknya Rama-rama’ dan ‘Anak Cicak Hilang Ekor.
- Kanak-kanak pada usia ini juga berada si peringkat inisiatif lawan rasa bersalah. Mereka mula sedar terhadap tanggungjawab mereka dan hubungan mereka dengan orang lain.
- Oleh itu, buku-buku yang menunjukkan kanak-kanak seperti mereka melakukan kesalahan dan berusaha membetulkan kesilapan tersebut dan memberi pengajaran kepada mereka.
- Misalnya buku cerita ‘Maafkan Saya Kakak’ dan ‘Mari Berdamai’.
Kanak-kanak berusia tujuh ke Sembilan
tahun
- Pada peringkat ini, kanak-kanak telah boleh membuat eksplorasi secara berdikari dan memahami konsep abstrak dengan lebih baik dan setiap kanak-kanak berbeza dari segi kebolehan, pencapaian dan minat.
- Kanak-kanak telah boleh membuat perkaitan logik dan telah boleh menyelesaikan masalah.
- Kanak-kanak pada usia ini telah memahami cerita-cerita yang kompleks dan berasaskan realiti kehidupan.
- Mereka mula menyukai cerita yang berlaku dalam kehidupan sebenarnya dan buku-buku bersiri yang menggambarkan sekumpulan kanak-kanak sebagai pemegang watak yang menempuh pelbagai dugaan bersama akan dapat menarik minat mereka.
- Misalnya buku ‘Amir Molar dan Keluarga’, ‘Keikhlasan dalam Beribadat’ dan lain-lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)