playlist

Thursday, 1 May 2014

MASALAH DALAM MEMBACA

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya masalah dalam  membaca. Masalah dalam bacaan dibahagikan kepada dua faktor iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.


Faktor dalaman dalam masalah bacaan berpunca daripada

FAKTOR FIZIKAL

  • Faktor fizikal  iaitu kecacatan ringan terhadap  deria yang tidak mendatangkan kesan negatif terhadap kebolehan membaca, tetapi kecacatan yang berat boleh menyebabkan tidak berkeupayaan membaca.

PENGLIHATAN

  • Penglihatan merupakan salah satu Kecacatan dalam penglihatan yang akan menggangu dalam proses membaca. Antara kecacatan yang melibatkan penglihatan ialah
  1. Juling
  2. Rabun dekat
  3. Rabun jauh
  4. Astigmatism

PERSEPSI  PENGLIHATAN
  • Persepsi  penglihatan berlaku apabila pelajar mempunyai persepsi penglihatan yang bercelaru yang akan menyebabkan kesukaran untuk membaca. Simptom-simptom berkaitan persepsi penglihatan ialah
  • Perkataan kelihatan seolah-olah  satu percampuran huruf yang tidak bermakna seperti musik menjadi msuki
  • Huruf atau perkataan  menjadi terbalik- seperti contoh b menjadi d, atau perkataan bas menjadi das
  • Jika jenis percetakan atau saiz huruf bertukar, pelajar tidak dapat  mengenalpasti huruf  yang sebenar
  • Satu perkataan kelihatan seperti imej cermin
  • Pelajar yang tidak dapat membezakan suku kata

PENDENGARAN  (AUDITORI)

  • Pelajar yang mempunyai masalah pendengaran yag ringan boleh dibantu dengan teknik yang dapat meningkatkan perbendaharaan kata.
  • Mereka yang mempunyai masalah pendengaran juga akan menghadapi masalah untuk membezakan bunyi vocal dan konsonan. Contohnya kanak-kanak ini tidak dapat membezakan antara vocal a ,u dengan o,i dengan e.
  • Kerencatan pendengaran juga terdapat dalam dua kategori iaitu kerencatan sementara dan kerencatan kekal

PETUTURAN

  • Punca berlakunya masalah pertuturan ialah disebabkan kelewatan pertumbuhan, kurang pendengaran, pertumbuhan kerongkong yang tidak lengkap, sumbing dan kecederaan otak atau sebahagian daripada otak.

FAKTOR NEUROLOGIKAL

  • Neurologikal ialah kajian yang berkaitan sistem saraf iaitu saraf manusia termasuklah sisitem dalam otak, tulang belakang, urat, ganglia (tisu urat yang pelbagai) dan bahagaian organ  reseptor.
  • Sebahagian daripada bahagian neurologi  ini boleh memberikan kesan terhadap kebolehbacaan membaca.

KEROSAKAN OTAK

  • Kerosakan otak boleh diakibatkan oleh kecederaan penyakit atau kesan bahan toksik yang mencemarkan otak atau bahagian otak . kecederaan otak juga boleh terjadi sejak dilahirkan. Kesemua faktor ini akan mnyebabkan lesion atau perubahan yang luar biasa terhadap bentuk .

NEUROLOGI TIDAK BERFUNGSI

  • Neurologi tidak berfungsi disebabkan  bahagian otak yang tidak berkembang sepenuhnya atau bahagain otak yang tertutup sebahagiannya sejak dilahirkan.

FAKTOR KETURUNAN

  • Faktor keturunan juga turut mempengaruhi dalam kemampuan untuk belajar.
  • Sebagai contoh kanak-kanak kembar, kembar seiras dan kembar seibu lebih rapat hubungannya dalam pencapaian daripada kembar seibu.
  • Begitu juga kajian mengaitkan pencapaian pelajar membaca dengan latar belakang keluarganya membuktikan anak yang berasal daripasa keluarga yang tidak tahu membaca lebih lemah dalam pencapaian membaca berbanding anak yang berasal daripada keluarga yang tahu membaca.

FAKTOR EMOSI 

  • Emosi bukanlah yang mempengaruhi kejayaan membaca tetapi kegagalan dalam membaca akan menggangu emosi sesorang pelajar.
  • Pelajar yang gagal membaca akan mempunyai rasa rendah diri , terasing, tidak bermotivasi, kecewa, malas, gagal dan sebagainya.  

Faktor  luaran  dalam masalah bacaan berpunca daripada:

FAKTOR SOSIOEKONOMI

  • Kanak-kanak daripada sosio-ekonomi rendah selalunya mempunyai pencapaian yang rendah dan kanak daripada sosio-ekonomi yang tinggi  selalu mendapat pencapaian yang tinggi.

FAKTOR INSTRUKSIONAL

  • Kaedah, teknik dan strategi pengajaran guru amat penting bagi menentukan kejayaan pelajar mencapai objektif pembelajaran.
  • Dalam proses pengajaran dan pembelajaran membaca, kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru perlulah sesuai dengan tahap perkembangan dan keupayaan pelajar.

FAKTOR MOTIVASI

  • Motivasi dari pihak luar juga amat mempengaruhi keupayaan membaca. Kanak-kanak  yang kerap digalakkan membaca dan diberi peluang untuk membaca akan lebih pantas menguasai kemahiran membaca daripada kanak-kanak yang tiada galakan dan tidak diberikan persekitaran membaca yang kaya.

FAKTOR GENETIK

  • Penanda genetik untuk pembaca yang lemah telah dikenalpasti pada kromosom 6 dan 15. Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran boleh berpunca daripada keturunan dan kerap berlaku dalam sesuatu keluarga.

No comments:

Post a Comment