playlist

Thursday, 1 May 2014

PEMILIHAN BAHAN BACAAN

Pemilihan bahan bacaan yang sesuai sangta penting dalam proses pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, bahan bacaan yang baik dapat dilihat dari pelbagai aspek. Antaranya ialah faktor tulisan yang jelas, ilustrasi warnba yang sesuai, faktor perbendaharaan kata dan faktor ayat.


1. Faktor tulisan yang jelas
  • Faktor tulisan yang jelas  dalam penulisan ini merujuk kepada aspek reka bentuk sesuatu  tulisan. 
  • Reka bentuk tulisan ini mengambil kira pelbagai aspek seperti jenis saiz tulisan, jenis fon, jarak antara huruf, jarak antara baris, saiz muka surat, ketebalan cetakan tulisan, ketebalan kertas dan pelbagai lagi.
  • Jenis dan saiz fon yang berbeza diperlukan untuk kategori pembaca yang berbeza.
  • Contoh di bawah dapat menerangkan hal ini dengan jelas. Contoh di bawah menunjukkan pengaruh saiz tulisan dan jenis tulisan.        
2. Faktor ilustrasi dan warna
  • Ilustrasi turut membantu meningkatkan atau menurunkan tahap kebolehbacaan bahan     bergantung kepada cara persembahan dan penggunaannya dalam bahan bacaan.
  • Kajian  membuktikan kanak-kanak amat menggemari bahan bacaan yang banyak mengandungi ilustrasi. 
  • Ilustrasi juga boleh membantu meningkatkan kefahaman pembaca terhadap sesuatu konsep seperti ilustrasi yang terdapat dalam buku sains. 
  • Penggunaan warna turut mempengaruhi kebolehbacaan sesuatu bahan. Ini adalah kerana ia meningkatkan minat pembaca terhadap bahan bacaan.  
  • Penggunaan dakwat warna selaian warna hitam dan penggunaan kertas lain daripada warna putih boleh mengurangkan kejelasan bahan bacaan. Kajian telah menunjukkan penggunaan dakwat warna hitam, biru, dan hijau adalah lebih jelas dan mudah dibaca. 
  • Manakala kanak-kanak pula lebih suka meminati buku yang bergambar terang dan realistik serta suram dan abstrak.

3. Faktor Perbendaharaan Kata
  • Perbendaharaan kata adalah faktor yang paling penting dalam menentukan tahap kesukaran bahan bacaan. 
  • Kajian oleh Harrison (1980) telah membuktikan perbendahraan kata adalah faktor paling menyakinkan untuk meramal kesukaran teks.
  • Ada banyak cara mengukur kesukaran teks dengan menggunakan perbendaharaan kata, namun demikina dua cara yang paling biasa digunakan adalah dengan mengukur panjang perkataan dan kekerapan perkataan.Panjang perkataan dikira dengan cara mengira suku kata atau jumlah huruf dalam perkataan tersebut. Manakala kekerapan perkataan dikira dengan cara melihat berapa kerap sesuatu perkataan digunakan. Perkataan yang panjang selalunya ialah perkataan yang jarang digunakan manakala yang kerap digunakan merupakan perkataan yang mudah kerana lebih pantas dikenal dan difahami.
4. Faktor Kesukaran Konseptual 
  • Faktor-faktor kesukaran konseptual berkait rapat dengan faktor perbendaharaan kata secara am. 
  • Namun demikian, kedua-dua faktor ini sepatutnya dianggap perkara yang berlainan. 
  • Dalam pengukuran kebolehbacaan faktor kesukaran konsep adalah faktor yang lebih penting berbanding dengan faktor-faktor lain. 
  • Namun demikian, ia jarang diambil kira kerana ia adalah amat sukar untuk menganggarkan kebolehpercayaannya. Kesukaran ini timbul kerana tiada kriteria yang boleh dirundinggunakan untuk mengukur kesukaran konseptual itu sendiri.














No comments:

Post a Comment