playlist

Thursday, 1 May 2014

PENDEKATAN DALAM MENGAJAR MEMBACA



Pendekatan psikolinguistik 
  • Pendekatan psikolinguistik sesuai digunakan dalam pengajaran membaca permulaan kerana pendekatan tersebut mengambil kira faktor linguistik dan psikologi dalam proses membaca.
  • Menurut Mengantar Simanjuntak (1985:16), membaca melibatkan satu proses psikolinguistik apabila seseorang pembaca membentuk semulajadi dalam fikirannya erti yang ingin disampaikan oleh seseorang penulis melalui lambang-lambang bertulis yang  telah dibacanya tadi.
Pendekatan induktif dan deduktif
  • Menurut Piaget, pelajar lebih mudah belajar sesuatu daripada yang konkrit kepada yang abstrak, terutamanya bagi pelajar yang lemah dan lambat perkembangan mentalnya (Abdul Aziz Talib, 2000:43).
  • Prinsip kaedah pengajaran induktif ialah daripada contoh-contoh kepada hukum (generalisasi).
  • Kaedah deduktif memerlukan guru menjelaskan terlebih dahulu tentang hukum atau rumus tentang sesuatu pembelajaran bahasa kepada pelajar.
  • Misalnya berkenaan cara mengeja, membentuk perkataan atau ayat. Pelajar disuruh menghafaz hukum tersebut (misalnya prinsip ejaan) sebelum mereka disuruh mengeja.
Pendekatan secara berpusatkan pelajar
  • Guru merupakan seorang pemimpin  yang memandu para pelajar menjalankan pendekatan dalam membaca sama ada secara berkumpulan atau individu.
  • Pendekatan ini tidak bermakna pelajar akan menentukan apa yang ingin dipelajari atau lakukan.
  • Pendekatan ini boleh diinterpretasikan dengan pelajar memilih tajuk bacaan, kaedah membaca yang mereka ingin gunakan serta aktiviti yang mereka ingin lakukan.

 Kesediaan Membaca
  • Kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan perlu memiliki kesediaan untuk membaca dan belajar.
  • Hal ini demikian kerana ramai kanak-kanak yang apabila memasuki tahun satu sudah mengenal huruf dan tahu membaca, namun sesetengah daripada mereka telah sampai tahun masih tidak dapat membaca dan menulis dengan baik.
  • Di sini akan timbul persoalan apakah kanak-kanak ini tidak mempunyai kemampuan untuk belajar membaca ataupun memerlukan masa lagi untuk belajar membaca.  
Penampilan Literasi dan Penguasaan Bahasa
  • Konsep penampilan literasi telah dicetuskan daripada pelbagai kajian yang dijalankan oleh M.M.Clay (1967), iaitu seorang tokoh dari New Zealand.
  • Pendekatan ini menekankan aspek penguasaan bahasa dan tabiat membaca pada peringkat awal kanak-kanak hinggalah awal remaja.
  • Kanak-kanak membina kemahiran membaca dan menulis tanpa titik permulaan atau pengakhiran.
  • Kedua-dua kemahiran ini terbina secara serentak dan saling bergantung antara satu sama lain tanpa urutan yang tertentu.
  • Proses bermula sebelum memasuki alam persekolahan, diperoleh melalui pengalaman dan aktiviti di sekeliling.
  •  Pembelajaran ini melibatkan proses komunikasi seperti membaca, menulis, bertutur, mendengar dan berfikir.
  • Secara semula jadinya manusia mempunyai kemampuan untuk menguasai bahasa kerana terdapatnya sejenis alat dalam tubuh iaitu alat untuk menguasai bahasa Language Acquisition Device (LAD).
  •   Dari sudut kognitif, kanak-kanak menguasai bahasa secara berperingkat. 
  •  Halliday (1975), pula berpendapat, penguasaan bahasa merupakan satu proses aktif yang berlaku apabila kanak-kanak cuba menggunakan bahasa yang betul menerusi kemampuannya membuat penelahan.
Pendekatan binaan
  • Pendekatan ini juga dikenali sebagai pendekatan sintesis. 
  • Pengajaran bacaan bagi pendekatan ini dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang kecil terlebih dahulu kemudian diikuti dengan unsur yang lebih besar.
  •  Murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu kemudian diikuti dengan suku kata, perkataan, rangkai kata, ayat dan cerita.
  • Contohnya ialah: Untuk mengajar perkataan “mata”, murid-murid diperkenalkan dahulu dengan huruf  “m”, “a”, “t” dan “a” dan daripadanya dibentuk suku kata “ma” dan “ta”, kemudian digabungkan menjadi “mata”.
Pendekatan Cerakinan
  • Pendekatan ini juga dikenali sebagai pendekatan analisis.
  • Pendekatan pengajaran ini mendahulukan unsur-unsur yang besar kemudian unsur dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentukkan struktur yang besar tersebut. 
  • Pengajaran bacaan ini dimulakan dengan memperkenalkan ayat kepada murid-murid kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan-perkataan, daripada perkataan dipecahkan kepada suku kata dan seterusnya huruf-huruf. 
  • Contoh:  
                          Ayat : “buku saya tebal”  
                          Suku kata : “bu” + “ku”, “sa” + “ya”, “te” + “bal"
                          Huruf-huruf: “b” , “u” , “k” , “u” , “s” , “a” , “y” , “a” , “t” , “e” , “b” , “a” , “l”


Pendekatan Menerusi  Lagu dan Muzik
  • Menurut Blair, Jones & Simpson (1991), murid yang lembam memerlukan bantuan untuk mencari bahan yang agak mudah dan menyeronokkan supaya kemahiran membaca bertambah pada kadar yang biasa baginya.
  • Menurut ahli sains, kanak-kanak yang terdedah kepada muzik atau bermain instrumen muzik mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik.
  • Hasil kajian Droscher (2006) mendapati bahawa pendedahan terhadap muzik mempercepat umur membaca, IQ dan perkembangan mental.
  • Lagu didapati membantu kanak-kanak dalam mengenali teks secara lebih berkesan berbanding dengan pertuturan (Colwell, 1994,Register, 2001 dan Standley & Hughes, 1997).
  • Hasil kajian oleh Salcedo (2002) juga mendapati bahawa penggunaan lagu dalam bilik darjah bahasa asing mungkin membantu mengingati sesuatu teks.
  • Seseorang kanak-kanak dikatakan suka menyanyi dan bergerak. Justeru, lagu dan aktiviti pergerakan adalah salah satu pendekatan yang efektif dalam pembelajaran bahasa.Kanak-kanak menjadi lebih senang dan mudah memahami melalui aktiviti nyanyian.

No comments:

Post a Comment