playlist

Thursday, 1 May 2014

PENGENALAN

Menurut Yahya Otman (2004), membaca adalah asas pembentukan diri kearah mendapatkan ilmu pengetahuan.  Melalui aktiviti membaca, seseorang itu dapat menjadikan dirinya sebagai sebagai sumber rujukan sama ada kepada dirinya sendiri ataupun kepada orang lain. Membaca juga adalah kunci khazanah kearah menentukan hidup seseorang, sama ada maju ataupun mundurnya kehidupan dan pemikirannya.  Melalui aktiviti membaca, rakyat di sesebuah negara menjadi lebih matang dan progresif selaras dengan kemajuan negara. Kurangnya minta membaca menyebabkan rakyat dalam sesebuah negara itu lemah dalam pelbagai aspek, sama ada dalam aspek pelajaran ataupun kerjaya.Walaupun zaman berubah, namun pembaca perlu menambahkan kemahiran membaca dengan mendalami aspek teori serta mengaplikasikannya supaya penguasaan dapat ditingkatkan seoptimumnya. Terdapat banyak ilmu yang melindungi kita, namun kerana kurang mahir dalam keterampilan membaca, peluang membaca menguasai ilmu itu terbatas. Membaca bukanlah setakat boleh membaca sahaja, iaitu mengenal kata dan makna serta memahami kandungan teks yang dibaca namun kemahiran ini jauh lebih luas daripada itu (Yahya Otman et.al , 2009). Menurut Abdullah Hassan dan Ainom Mohd (2002), Keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran maka sebagaimana  halya dengan kemahiran-kemahiran lain, kemahiran membaca dengan cepat dan berkesan dapat diajarkan dan dapat dipelajari.


No comments:

Post a Comment