playlist

Thursday, 1 May 2014

PENUTUP

Kesimpulannya, membaca bukan sahaja menyebut patah-patah perkataan tetapi memahami makna dan maksud tentang apa yang disebutkan. Harris dan Sipay (1980), menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Falsafah membaca digambarkan oleh cerdik pandai menerusi pelbagai motto antaranya ialah "Membaca jambatan ilmu" dan "Membaca pengasah minda". Dua moto ini sudah cukup untuk menyatakan betapa pentingnya membaca dalam kitaran hayat manusia.. kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran. Teknik dan pendekatan membaca yang betul perlulah diterapkan oleh guru kepada pelajar agar mereka dapat menguasai kemahiran membaca. Justeru hubungan dua hala antara guru dengan pelajar dalam, konteks melonjak kemahiran membaca pelajar amat diperlukan.

No comments:

Post a Comment