Dengan menggunakan
taksiran ini, guru dapat memberikan markah dan gred kepada murid-murid. Ini
adalah lebih sistematik. Pentaksiran jenis ini bertujuan untuk menilai
murid-murid untuk satu jangka masa pengajaran. Contoh pentaksiran membaca ialah
ujian, kuiz dan esei. Guru boleh memberi satu petikan panjang dan menyediakan
soalan berdasarkan petikan mengikut aras Taksonomi Bloom.
PENGUJIAN
Ujian
merupakan alat ukur yang digunakan untuk mengukur penguasaan murid dalam
membaca sesuatu bahan bacaan. Antara ciri utama ujian ialah:
i.
Kesahan
ujian (menguji apa yang hendak diuji)
a.
Kesahan
kandungan
-Merangka Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU)
b.
Kesahan
gagasan
-Guru perlu tahu untuk menilai idea
murid berkaitan dengan soalan pendapat.
-Contoh: Apakah pandapat anda berkaitan dengan proses membaca?
-Contoh: Apakah pandapat anda berkaitan dengan proses membaca?
-Guru perlu membuat pertimbangan
jawapan apa yang boleh diterima ketika membina soalan ini.
c.
Kesahan
berkaitan dengan kriteria
-Perkaitan antara pencapaian dalam
sesuatu ujian dengan kriteria luaran yang berkecuali.
-Kesahan ini juga berkaitan dengan
adakah ujian yang dijalankan sah mengukur apa yang hendak diukur.
-Kriteria serentakà ditunjukkan pada masa yang sama dengan pengukuran yang
dikenakan ke atas kriteria tersebut.
-Kriteria jangkaan ditunjukkan pada satu selang masa selepas pengukuran
dikenakan ke atas ujian tersebut.
ii. Kebolehpercayaan
ujian
-Ketekalan ujian dalam mengukur apa
yang hendak diukur.
-Ujian yang mengukur sesuatu gagasan/pandangan
dengan skor yang tekal bermaksud kebolehpercayaan adalah tinggi manakala ujian
yang menghasilkan skor yang berubah-ubah menunjukkan kebolehpercayaan ujian
adalah rendah.
iii. Keobjektifan
ujian
-Berkait dengan penskoran yang diberi
oleh pemeriksa. Jawapan yang sama mestilah mendapat skor yang sama walaupun
diperiksa oleh dua orang pemeriksa yang berbeza dan ini bermaksud keobjektifan
ujian adalah tinggi.
-Jadi, jadual penskoran haruslah
disediakan untuk memastikan ujian mempunyai keobjektifann yang tinggi.
iv. Kebolehtadbiran
Pentadbiran ujian dapat dijalankan
dengan sempurna jika:
a. arahan
terutama cara menjawab soalan ujian mestilah diberi dengan tepat, jelas dan
ringkas.
b. soalan
yang disusun mestilah dari mudah kepada sukar.
c. guru memadankan bilangan dan kesukaran soalan dengan masa yang diperuntukkan
untuk menjawab.
d. guru
memperuntukkan masa 45 saat untuk murid menjawab setiap soalan yang
mengandungi soalan aneka pilihan yang mengandungi 5 pilihan jawapan.
e. pengumuman
yang dilakukan semasa peperiksaan mestilah ringkas, jelas dan mudah difahami
oleh semua murid.
f. masa perlu ditambah jika
berlaku gangguan.
B) Pentaksiran Tak
Formal
Pentaksiran jenis
ini kebiasaannya berlaku secara lebih bersahaja. Berdasarkan pentaksiran ini,
ia dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang kemahiran, kebolehan dan
perkembangan berterusan murid terhadap tahap pencapaian membaca mereka.
Ciri-ciri yang
membezakan pentaksiran tak formal dengan pentaksiran formal:
Ciri
|
Pentaksiran tak formal
|
Tujuan
|
-Membimbing murid mencapai kemahiran
yang disasarkan.
-Guru dapat mengenalpasti
kelemahan-kelemahan murid, memperbaiki kaedah mengajar dan merancang program
intervensi lebih awal untuk mengatasi masalah murid.
-Markah dan gred tidak
dititikberatkan.
-Juga dikenali sebagai penilaian
formatif.
|
Pelaksanaan
|
-Berlaku sepanjang masa pengajaran.
-Jadi, guru dapat mengikuti
perkembangan pembelajaran murid.
-Juga dikenali sebagai pentaksiran
alternatif atau pentaksiran autentik.
|
Alat pengukuran/instrumen
|
-Biasanya menggunakan inventori,
senarai semak, skala, rubrik dan juga catatan guru.
|
D) Pentaksiran
berasaskan sekolah (PBS)
PBS merupakan satu
bentuk pentaksiran yang bersifat holistik, iaitu menilai aspek kognitif
(intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam PBS, peranan guru adalah untuk
mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru juga
menentukan hasil pembelajaran yang hendak diajar dan ditaksir, merancang dan
membina instrumen pentaksiran, melaksanakan pentaksiran, merekodkan hasil
pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melaporkan hasil pentaksiran
dan membuat tindakan susulan.
Ciri-ciri PBS
ialah:



No comments:
Post a Comment