Membaca adalah satu proses kognitif, iaitu satu proses yang
menggunakan minda bagi mendapat makna dari bahasa yang bercetak. Pembaca ialah
seorang penyelesai masalah aktif yang cuba mengenal pasti bentuk huruf,
ilustrasi, format dan bentuk teks yang dibaca. Disamping itu mereka cuba
mengaitkan antara huruf dan bunyi dan mencari serta mengkaji struktur teks
berdasarkan pengalaman bahasa mereka. Terdapat tiga pandangan tentang bagaimana
makna-makna ini diperoleh dan seterusnya melahirkan beberapa model teori
membaca. Antaranya ialah :
TEORI BOTTOM-UP
- Proses membaca dikaitkan dengan proses memperolehi maklumat dan manfaat dari bahan yang dibaca.
- Proses ini berlaku dengan 2 cara iaitu pertama, mengenalpasti huruf-huruf yang terdapat di permukaan bertulis.
- Huruf-huruf ini kemudian digabungkan dalam satu sistem ejaan yang digunakan dalam sesuatu bahasa.
- Contohnya : dalam bahasa Melayu huruf roman disusun atur dalam satu ejaan yang berstruktur sehingga dapat mewakili bunyi-bunyi perkataan dalam bahasa ini.
- Dari kumpulan perkataan akan memperoleh makna daripada ayat yang terbentuk dari kumpulan perkataan tersebut.
- Dari ayat, terbina perenggan yang memberi maksud secara berwacana.
- Proses ini akan menjadi lengkap apabila pembaca memperoleh maklumat daripada bahan bacaannya.
MODEL TEORI TOP-DOWN- Bagi melaksanakan proses ini pembaca tidak perlu mengenalpasti setiap patah perkataan yang terdapat bahan bercetak secara terperinci.
- Pembaca hanya perlu memahami bahan bacaannya secara keseluruhan terlebih dahulu.
- Setelah faham maksud petikan secara keseluruhan barulah pembaca membuat perincian maksud perenggan yang berbeza dan kemudian mencerakinkan ayat-ayat yang terdapat pada setiap perenggan sekiranya perlu.
- Mendapatkan maklumat secara menyeluruh adalah diutamakan dalam proses ini. Kaitan model top down ini dalam dengan proses pengajaran dan pembelajaran ialah berdasarkan teori pembelajaran linguistik.
- Teori ini menegaskan bahawa makna tidak terdapat pada teks, tetapi terdapat dalam diri pembaca.
- Maksud petikan secara keseluruhan adalah lebih utama daripada individu perkataan yang dipaparkan dalam bahan bacaan.

TEORI MODEL TRANSAKSIONAL- Model ini adalah proses yang berhubung antara transaksi di antara pembaca dengan bahan bacaan.
- Pembacaan seperti ini digunakan oleh seseorang pembaca untuk memahami, meneliti dan mengaplikasikannya dari bahan bacaan kepada pelaksanaannya.
- Proses pelaksanaan seperti ini banyak digunakan oleh pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
TEKNIK MEMBACA KWLH- Teknik KWLH ialah satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkara-perkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari.
- Teknik ini bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber. Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis.
TEORI MEMINDAHKAN MAKLUMAT- Teori ini diasaskan oleh La Berge dan Samuel (1985) dan Gough (1985)
- Teori ini dipengaruhi oleh psikologi kognitif dan menyatakan aktiviti membaca adalah proses memindahkan maklumat.
- Mereka mengandaikan membaca sebagai proses mengenali huruf demi huruf dan perkataan demi perkataan.
- Mereka juga percaya pembaca berinteraksi dengan teks dengan tujuan mendapatkan makna daripada muka surat yang dibaca kepada pemikirannya.
- Bagi melakukannya, pembaca memerlukan kemahiran khusus yang membolehkan mereka melakukan proses pemindahan tersebut.
- Teori ini berpendapat, aktiviti membaca bertujuan untuk membentuk peningkatan kebolehan pembaca memindahkan maklumat daripada teks.
- Pembaca yang baik, efisien ketika memindahkan maklumat, manakala pembaca yang lemah tidak dapat melakukannya.
TEORI LINGUISTIK- Teori ini adalah teori bahasa yang mengatakan bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan kebolehan berbahasa yang diperoleh sejak lahir untuk mendapatkan pengetahuan daripada persekitarannya.
- Teori ini mendefinisikan membaca sebagai proses psikolinguistik yang memperlihatkan makna diperoleh melalui hubungan media linguistik.
- Mengikut teori ini, membaca bukan sahaja satu proses mengatur huruf hingga menjadi perkataan dan rangkai kata kepada ayat, tetapi membaca sebenarnya adalah proses mendapatkan makna pada tahap dalaman.



No comments:
Post a Comment